Kehidupan awal S. Roomai Noor

Muhammad Toyib Bin Salleh dilahirkan di Kampung Tengah, Temerloh, Pahang pada 22 Februari 1923 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Temerloh, diikuti Sekolah Inggeris Sulaiman, Bentong, Pahang sehingga ke peringkat Junior Cambridge.[1]

Semasa Perang Dunia Kedua, beliau pergi ke Singapura dan menetap di rumah bapa saudaranya iaitu penulis yang terkenal, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako. Beliau kembali ke kampung halamannya di Temerloh, Pahang pada tahun 1946 setelah Jepun kalah dengan Tentera Bersekutu. Kepulangan beliau itu telah menyebabkan keluarga terdekat beliau merasa terkejut kerana pada sangkaan mereka, beliau telah meninggal dunia semasa pendudukan Jepun.